Liridon Kekal Bersama Kedah

KUALA LUMPUR – Pemain tengah Kedah, Liridon Krasniqi akan kekal bersama skuad Lang Merah musim ini, biarpun khabar akhir menyatakan beliau akan berhijrah ke sebuah kelab divisyen satu di Perancis.

Ketua jurulatih Kedah, Ramon Marcote berkata pemain kelahiran Kosovo​​​​​​ berusia 26 tahun itu yang kini bercuti bersama keluarganya, akan menyertai rakan sepasukan di Surabaya, Indonesia kerana Kedah akan menyertai kejohanan sulung Piala Super Suramadu di Stadium Gelora Bengkalan di Jawa Timur dari 8 hingga 12 Jan  ini, lapor Bernama

“Beliau mendapat tawaran menjalani ujian bersama sebuah kelab divisyen satu di Perancis dan kita gembira dia mendapat tawaran tersebut daripada sebuah pasukan terbaik di Eropah.

“(Bagaimanapun), beliau masih pemain kita kerana mempunyai baki kontrak, dan akan menyertai kita di Surabaya pada hari terakhir kejohanan berkenaan,” kata Marcote seperti dipetik dalam laman Facebook Persatuan Bola Sepak Kedah. hari ini.

Baru-baru ini, sebuah portal berita di luar negara mendakwa kelab Angers Sporting di Perancis, dilaporkan berminat mendapatkan khidmat Liridon dan bersedia menebus kontraknya dengan Kedah.

Liridon yang menyertai Kedah daripada kelab di Turki, Fethiyespor pada 2015, mempamerkan prestasi cemerlang bersama skuad Lang Merah musim lepas, menyaksikan beliau meraih anugerah Pemain Import Terbaik dan Pemain Paling Popular pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2017, baru-baru ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.