Jangkaan Empat Senario Jika Mahathir Jadi PM Semula

Tulisan asal oleh:
Eric See-To, Facebook Eric See-To, 7 Januari 2018

Tahniah kepada Tun Mahathir dan Wan Azizah yang masing-masing dinamakan sebagai calon PM dan TPM.

Walau bagaimanapun, jika mereka menang dalam PRU14, ia membuka beberapa kemungkinan yang menarik:

1. Tun M mengotakan katanya tetapi Anwar tidak diberikan Pengampunan DiRaja (ingat bahawa liwat adalah jenayah berat di bawah Islam) maka Tun M akan menjadi Perdana Menteri sehingga beliau berusia 98 tahun.

Anwar mengambil alih sebagai PM selepas PRU15 apabila beliau akhirnya dapat bertanding dan menjadi PM pada usia 78 tahun.

2. Tun M mengotakan katanya. Anwar, walaupun sangat tidak berkemungkinan untuk berlaku, telah diberikan pengampunan diraja. Pilihan raya kecil diadakan dan Anwar menjadi PM manakala isterinya adalah TPM.

Oleh kerana tidak boleh diterima bahawa pasukan suami isteri menjadi PM dan TPM, Wan Azizah mengosongkan kerusi beliau untuk memberi laluan kepada Mukhriz, Kit Siang atau Guan Eng.

Ini adalah kerana PKR mungkin tidak dibenarkan untuk memegang jawatan kedua-dua PM dan TPM.

3. Tun M mengotakan katanya. Anwar, walaupun sangat tidak berkemungkinan untuk berlaku, telah diberikan pengampunan diraja. Pilihanraya kecil diadakan untuk kerusi Parlimen Wan Azizah. Anwar menjadi PM manakala kerusi TPM dikosongkan oleh Wan Azizah dan diberikan kepada Mukhriz, Kit Siang atau Guan Eng.

4. Tun M tidak mengotakan kata-katanya (seperti yang telah dilakukannya seperti tuntutan Suqiu pada PRU tahun 1999) dan Anwar tidak mendapat pengampunan- bermakna beliau masih dihalang selama 5 tahun untuk menjadi Ahli Parlimen.

Dalam tradisi biasa beliau memecat semua Timbalannya, Tun M memecat Wan Azizah dan melantik Mukhriz sebagai TPM.

Pelbagai kemungkinan akan wujud tetapi di atas adalah senario yang paling sesuai dengan aturan semasa yang ada dalam Pakatan.

Secara peribadi, saya akan memilih kemungkinan nombor 4 kerana Tun M mempunyai tabiat buruk untuk memecat semua timbalannya sebelum ini.

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/EricSeeTo/?ref=br_rs

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.