Iqram Dinzly Mohon Maaf Sebut ‘Che Mat’

Pelakon Iqram Dinzly memohon maaf dan mendakwa tersalah menyebut ‘Che Mat’ yang merujuk kepada junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW.

Permohonan maaf Iqram itu atau mahu dikenali dengan nama Iq ketika ini dilakukan secara terbuka ketika bersiaran secara live di FB Sinar Harian tengah hari tadi.

“Saya mohon maaf atas apa yang berlaku. Sebelum live di Melodi, saya menghadapi banyak masalah antaranya tayar kereta pecah dan tak dapat tidur dengan betul.

“Jadi bila live, saya agak kelam kabut, dan tersebutlah ‘Che Mat’ tapi saya telah betulkan cepat-cepat Nabi Muhammad SAW.

“Saya juga bukan buat lawak, bukan perlekehkan Nabi Muhammad SAW. Saya tak hina atau cela. Namun, saya tersasul. Oleh itu, saya sekali lagi mohon ampun dan maaf bagi khilaf yang terjadi,” jelasnya.

Tambahnya, dia tidak ada masalah jika ada yang menyuruh dia bertaubat, petik laporan sinar.

“Tapi perlu ke saya beritahu semua orang yang saya sudah bertaubat? Apa yang penting saya sudah mohon maaf secara terbuka dan terpulanglah kepada semua sama ada menerima permohonan maaf dari saya atau pun tidak,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.