Ikan Tuna Bernilai RM1.3 Juta Seekor

TOKYO – JEPUN. Pasar ikan paling popular di Jepun, Tsukiji Fish Market berjaya menjual seekor ikan tuna gergasi seberat lebih 400 kilogram pada harga RM1.3 juta.

The Guardian mengatakan ikan-ikan berkenaan yang ditangkap di perairan Aomori dibida seawal jam 5.30 pagi waktu tempatan dalam satu bidaan tahun lepas.

Bidaan tersebut difahamkan dibuat sempena penutupan pasar Tsukiji yang akan dipindahkan ke lokasi baharu di Toyosu.

Tsukiji Fish Market sebelum ini menjadi lokasi popular untuk penggemar makanan laut bertaraf lima bintang, selain menawarkan jualan pada harga berpatutan.

Setiap hari, pasar tersebut menjual hasil laut bernilai kira-kira RM30 juta demi memuaskan permintaan rakyat tempatan yang gilakan makanan laut, lapor Sinar

Namun begitu, pasar berkenaan dikritik kerana tahap kebersihan dan perlindungan gempa bumi yang semakin pudar, termasuk mengalami retak di beberapa bahagian bangunannya.

Oleh itu, pasar tersebut dijadualkan untuk dipindahkan ke lokasi baharu yang menawarkan faksiliti canggih dan lebih bersih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.