Dua Lelaki Maut Motosikal Bergesel

SHAH ALAM – Dua lelaki maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tujuh motosikal di Kilometer (KM) 7.2 Lebuhraya Selat Klang Utara, Klang dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mazelan Paijan berkata dalam kejadian kira-kira 6.50 petang itu, kedua-dua penunggang motosikal bernama Badrul Ikhwan Noor Kamalizan, 20, dan Muhammad Shafik Mohd Idris, 21, maut di tempat kejadian akibat kecederaan pada kepala.

“Tiga penunggang lain mengalami kecederaan ringan dan sedang dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang manakala maklumat bagi dua lagi penunggang motosikal yang terlibat masih belum diperolehi,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mazelan berkata siasatan awal mendapati, ketika kejadian kesemua mangsa yang datang dari Shah Alam menuju ke Pelabuhan Utara menunggang motosikal dengan laju sebelum bergesel antara satu sama lain.

Akibat pergeseran itu, kedua-dua penunggang yang maut terbabas dan merempuh penghadang besi sebelah kanan, katanya.-Bernama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.