Boikot Konvensyen, Bibit Awal Perpecahan PH Bermula – PAS

JOHOR BAHRU — Tindakan Parti Amanah Negara (Amanah) Johor memboikot konvensyen Pakatan Harapan (PH) menunjukkan bibit awal perpecahan, kata PAS.

Naib presiden PAS menyifatkan boikot itu “mengejutkan” kerana konvesnyen semalam sepatutnya dihadiri semua ahli PKR, DAP, Amanah dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk berbincang hala tuju politik.

“Tetapi apa yang terjadi adalah sebaliknya dan ini petanda awal kepada rakyat,” kata Idris Ahmad selepas melancarkan blok Gagasan Sejahtera di Hotel Tropical Inn di sini malam tadi.

Lebih 300 orang hadir menyokong pembentukan gabungan parti politik antara PAS, Ikatan, Berjasa dan Parti Cinta Malaysia.

Amanah Johor dilapor tidak berpuas hati kerana hanya diberi dua kerusi parlimen, Pulai dan Parit Sulong, daripada 26 keseluruhan kerusi pada pilihan raya umum. – MalayMail

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.