Azam 2018 Demi Lovato

Penyanyi muda, Demi Lovato berazam menjadikan tahun ini sebagai satu permulaan yang baik untuk dirinya semakin sembuh daripada masalah pemakanan yang menghantuinya sejak sekian lama.

Lovato, 25, yang mempunyai masalah anoreksia dan sering berasa bentuk badannya tidak secantik orang lain memuat naik sekeping gambar dirinya memakai sut renang dengan kata-kata yang memberi motivasi.

“Meskipun saya berasa tidak yakin untuk menayangkan kaki yang kelihatan seperti paha ayam, namun tetap muat naik status ini kerana saya kelihatan sangat gembira di dalam foto ini.

“Tahun ini saya berazam untuk berhenti mencari kesempurnaan dalam mata orang lain dan mahu bebas daripada mengkritik kekurangan diri sendiri,” katanya lagi.

Tambah pelantun Sorry Not Sorry itu lagi, selepas mengambil keputusan untuk meninggalkan masalah pemakanannya, dia berasa jauh lebih kuat dan menyeru agar semua yang mempunyai masalah sama untuk cuba berbuat perkara serupa.

“Ia suatu perkara sukar untuk belajar menyukai bentuk badan sendiri, namun saya akan belajar untuk menerimanya,” katanya lagi.-Kosmo

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.