Ayah Bunuh Bayi Sendiri Dengan Racun Tikus

Seorang bayi berusia 14 bulan, Kaisar Alfikar meninggal dunia selepas minum susu yang dicampur dengan racun tikus oleh bapanya, Taufik.

Taufik sendiri turut minum racun berkenaan namun keadaannya kini semakin pulih. Jenazah Kaisar, akan dikebumikan di kampung halaman ibunya, Karis di Sukabumi, Indonesia.

Karis dan Taufik telah bernikah selama dua setengah tahun dan dikurniakan seorang anak, Kaisar. Karis bekerja di Batam, meninggalkan anaknya di bawah jagaan Taufik.

Menurut laporan kejadian itu bermula selepas Taufik, yang merupakan seorang penganggur, telah dimarahi oleh isterinya ketika dia menghubungi wanita itu untuk meminta wang bagi membeli susu anaknya.

Marah kerana isterinya tidak memberikan wang, Taufik mengancam untuk membunuh diri dan bayi mereka. Karis tidak takut dengan ancaman berkenaan sebaliknya mencabar suaminya supaya minum racun.

Tidak lama kemudian jirannya mendengar tangisan kuat bayi berkenaan lalu menghampiri rumah Taifik. Dia cuba masuk ke dalam tetapi pintu dikunci.

Dia kemudiannya memecahkan pintu serta tingkap dan mendapati bayi berkenaan dan bapanya sedang muntah-muntah. Mereka dibawa ke hospital dengan segera.

Bayi malang itu bagaimanapun gagal diselamatkan.

.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.