Asyik Tidak Sihat Setiap Kali Ditahan – Lim Sian See

Tulisan asal oleh:
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 8 Januari 2018

IA ADALAH SATU KEAJAIBAN.

Berikut adalah fenomena yang berada tangga teratas bersama-sama dengan fenomena Aurora.

Sebelum mereka ditahan oleh SPRM, kesihatan mereka berada pada tahap yang terbaik dan boleh bergerak ke serata pelusuk negeri untuk memberi ceramah setiap hari.

Sebaik sahaja mereka ditahan, kesihatan mereka nampaknya semakin merosot sehingga hampir mati dan perlu dihantar ke hospital dengan kadar segera.

Reman Naib Presiden Warisan Peter Anthony baru sahaja dilanjutkan selama 4 hari lagi pagi ini (bermakna bukti semestinya kukuh).

Dari hari pertama beliau direman, peguamnya meminta dan berjaya mendapatkannya ditahan reman di hospital.

Dan sekarang remannya telah dilanjutkan, peguamnya berkata kesihatan Peter semakin teruk sejak itu.

“Beliau tidak sihat.”

Perkara yang sama juga terjadi ketika beliau ditahan untuk satu lagi dakwaan rasuah pada bulan Oktober di mana beliau perlu dimasukkan ke hospital dengan segera.

Dan perkara yang sama berlaku dengan Presiden Warisan Shafie Apdal yang nampaknya berada di ambang kematian ketika beliau ditahan oleh SPRM dua bulan lalu dan terpaksa menghabiskan seluruh tempoh tahanan di hospital.

Tetapi sebaik sahaja mereka dibebaskan dari tahanan, kesihatan mereka pulih secara ajaib. Mereka kemudian terus bergerak ke seluruh pelusuk negara sambil memberi ceramah setiap hari.

Seperti yang terbukti, keajaiban tidak berlaku hanya pada Krismas.

Organisasi kesihatan di seluruh dunia semestinya sangat berminat untuk mengkaji fenomena semula jadi ini.


https://www.themalaysianinsight.com/s/31382/

Link asal artikel:
https://www.facebook.com/lim.siansee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.