AS, Kanada Masih Bergelut Cuaca Sejuk Melampau

NEW YORK – Timur Amerika Syarikat (AS) dan Kanada terus bergelut dengan cuaca sejuk melampau kelmarin, sekali gus mewujudkan keadaan berbahaya kepada puluhan juta penduduk yang kini berhempas pulas membersihkan timbunan salji tebal.

Menurut Reuters, Di Ottawa, suhu mencecah -50 darjah Celsius direkodkan di utara Ontario dan Quebec.

Pihak berkuasa turut memberi amaran tentang bahaya udara Artik dan angin sejuk melampau yang boleh menyebabkan suhu serendah -42 darjah Celsius melanda dua pertiga kawasan di AS selain penduduk berdepan risiko reput fros dalam tempoh 10 minit, petik Sinar

Lebih 2,250 penerbangan keluar dan masuk AS ditangguhkan, yang mana Lapangan Terbang Antarabangsa John F Kennedy dan Charleston di South Carolina paling teruk terjejas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.