20 Tahun Diculik, Ibu Ini Akhirnya Bertemu Anaknya, Ternyata Penculiknya . . .

Selepas 20 tahun tidak bertemu kerana anaknya diculik, ibu dan anak lelaki ini akhirnya bertemu.

Ketika berusia setahun, Steve diculik oleh ayah kandungnya, Valentin Hernandez dari rumahnya di California pada 1995.

Sementara ibunya, Maria Mancia terkejut apabila pulang ke rumah dan mendapati rumahnya kosong.

Dia juga tidak menemui anaknya, Steve.

Dilaporkan dari Viral4Real, Maria kemudian menyedari bahawa lelaki itu telah mengambil anaknya pergi.

Bukan itu sahaja, semua dokumen identiti bersama-sama dengan gambar anaknya juga hilang.

Sejak saat itu, Maria merasa sedih kerana dia tidak punya apa-apa untuk mencari anaknya.

Nasib baik, dia boleh mendapatkan gambar anaknya daripada salah seorang saudaranya.

Itu dijadikannya bukti  untuk mencari anaknya.

Namun, tak semudah yang dibayangkannya.

Berbekal sebuah foto, ibu ini mencari anaknya

20 tahun berlalu dan Maria menyimpan gambar itu di telefonnya untuk mengingati anaknya.

Hingga;lah pada  2012, Maria telah membawa kes ini ke unit penculikan anak di San Bernardino.

“Itu menjadi satu-satunya gambar yang dia ada dari Steve selama 21 tahun terakhir ini,” kata penyiasat kananan Unit Kehilangan Anak, Karen Cragg, sambil merujuk pada gambar Steve yang ada pada Maria.

Ia mengambil masa beberapa tahun sebelum polis mengesan Hernandez mungkin tinggal di Puebla, Mexico.

“Kami tidak pasti kami telah menemui orang yang betul,” kata Cragg kepada Berita Komuniti Highland.

“Jadi kami menggunakan helah dan memberitahu Steve, kami sedang melakukan penyelidikan berkaitan kehilangan ayahnya,” katanya.

Pertemuan yang mengharukan

Selama perbualan, Cragg mencari beberapa persamaan sesuai dengan anak laki-laki yang dilaporkan hilang itu.

Ujian DNA meyakinkan, dia adalah anak Maria yang kini berumur 22 tahun.

Pertemuan antara Steve dan Maria sangat mengharukan.

Maria menangis saat melihat anak lelakinya sudah menjadi dewasa dan sekarang lebih tinggi darinya.

Sementara Hernandez sudah meninggal dunia selepas meninggalkan Steve di Mexico.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.