Warga Kedah Sifatkan Keputusan MB Tukar Nama Bandar Baharu Sebagai ‘Penyundalan’ Bahasa Melayu

Kuala Lumpur – Segelintir rakyat Kedah hari ini meluahkan rasa tidak puas hati mereka di laman sesawang Facebook, ekoran keputusan Menteri Besar menukar nama pekan ‘Bandar Baharu’ kepada ‘Bandar Crustacea.

 

Tinjauan SuaraTV mendapati, rata-rata menyifatkan pemilihan nama yang baharu itu tidak sesuai kerana menghilangkan jati diri Melayu dan menyukarkan masyarakat negeri itu untuk menyebutnya.

 

“Buh lah nama senang sebut sikit dan ada identiti kemelayuan. Mungkin boleh dipertimbangkan: 1. Bandar Kasturi,
2. Bandar Mahawangsa (atau) 3. Bandar Sultan Abdul Hamid.

 

“Tergeliat lidah orang kedah hendak sebut nama Crustacea. Adik beradik “sia” kot” ujar Jalil Backer di laman Facebooknya.

 

Status tersebut turut disokong oleh beberapa penguna yang lain yang menyifatkan tindakan itu sebagai merosakkan Bahasa Melayu.

 

Mohd Khairi Bin Ahmad: Maaf bertanya, adakah ini merupakan ‘penyundalan’ Bahasa Melayu?

 

Mohd Ikhwan Hakeem: Awat teruk sgt nama …nak sebut pun payah

 

Muhammad Nizam Shaari: Saya orang Daerah Bandar Baharu pun tak setuju nama tu.

 

Mohd Hidayat: Letakla nama melayu. Habis hilang indentiti Melayu.

 

Mohamad Nazari Ahmad: Alamak parlimen kulim bandar baharu jd kulim bandar crutacea…tu kg aku tu

 

Pegawai Daerah Bandar Baharu, Mohamad Che Nai sebelum ini berkata nama baharu itu merupakan satu langkah transformasi yang bertujuan untuk penjenamaan semula pekan Bandar Baharu

 

Pengunaan nama baharu tersebut dijangka bermula pada Mac ini.

 

Beliau berkata langkah itu antara lain diyakini mampu menarik kedatangan lebih banyak pelancong ke daerah ini.

3 thoughts on “Warga Kedah Sifatkan Keputusan MB Tukar Nama Bandar Baharu Sebagai ‘Penyundalan’ Bahasa Melayu

  • April 13, 2016 at 10:02 pm
    Permalink

    nak tergeliat lidah apa pulak ni.. elok je kita semua sebut komputer walaupun komputer tu bukan perkataan bahasa melayu ataupun nusantara.. be open minded lah sikit.. nak semua bahasa melayu, baik duduk dalam gua lah.. sekarang ni globalisasi, siapa yang tahu banyak bahasa, dia boleh teroka macam-macam ilmu.. kalau nak harap orang lain yang terjemah, lembaplah jadinya.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.