Video: Program Yellow Mania Kurang Sambutan

KUALA LUMPUR – Forum yang di anjurkan oleh pembangkang di dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor tidak mendapat sambutan dengan kehadiran peserta tidak sampai 30 orang.

 

Forum yang membincangkan isu “people’s movement can bring change” yang menampilkan Maria Chin dan Mugiyanto sebagai panel seakan hilang arah dalam pembentangan forum itu.

 

Topik perbincangan banyak berkisar tentang pengalaman Mugiyanto yang dikatakan banyak menyumbang terhadap revolusi politik di Indonesia.

 

Dalam forum itu, Mugiyanto yang merupakan aktivis politik dari Indonesia melakukan pembentangan hanya mengunakan Skype kerana beliau tidak dapat menghadirkan diri setelah didakwa dihalang oleh pihak berkuasa tempatan untuk masuk ke Malaysia.

 

Turut sama menghadiri forum itu ialah sasterawan Negara, A. Samad Said. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.