Suarez Digantung Dua Perlawanan

BARCELONA – Persekutuan Bola Sepak Sepanyol menggantung penyerang Barcelona, Luis Suarez dua perlawanan dalam saingan Piala Raja Sepanyol kerana menghina pemain Espanyol.

 

Laporan pengadil perlawanan di Stadium Nou Camp yang berkesudahan Barcelona menang 4-1, Rabu lalu berkata Suarez menghina pemain Espanyol di terowong menuju bilik persalinan selepas tamat perlawanan.

 

Dua pemain Espanyol dilayangkan kad merah dalam perlawanan itu. Bagaimanapun, Barcelona dalam satu kenyataannya memaklumkan kelab itu akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman berkenaan.

 

The Catalan menafikan dakwaan Suarez menghina pemain lawan. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.