Indonesia Rancang Letupkan Bot Nelayan Malaysia

JAKARTA – Kerajaan Indonesia akan menenggelamkan 39 buah bot asing yang dirampas kerana kesalahan menangkap ikan secara haram di perairan negara itu.

 

Ketua Penguatkuasa Kementerian Sumber Perikanan dan Marin, Fuad Himawan berkata, 12 daripada bot tersebut akan diletupkan dan dikaramkan bulan ini.

 

Katanya, 39 buat bot yang dirampas itu adalah milik nelayan dari Vietnam, Malaysia dan Thailand.

 

Pada tahun lalu, Indonesia telah menenggelamkan lebih daripada 100 bot asing kerana menceroboh perairan Indonesia untuk menangkap ikan.

 

Menteri Perikanan Indonesia, Susi Pudjiastuti yang mengambil pendirian tegas terhadap penangkapan ikan secara haram di Indonesia oleh nelayan asing itu berkata, Indonesia akan terus meletupkan bot-bot asing yang dikendalikan nelayan asing haram.

 

Katanya, Indonesia telah kehilangan 15 bilion dolar setiap tahun ekoran aktiviti pemburuan haram itu. – AGENSI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.