Tan Sri Sabri Ahmad Meninggal Dunia Pagi Tadi

Kuala Lumpur – Tan Sri Sabri Ahmad, Bekas Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Felda Global Ventures Holdings Bhd 68, meninggal dunia akibat kanser paru-paru 5.30 pagi tadi.

Menurut laporan, Allahyarham meninggal dunia di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya.

Jenazah akan disempurnakan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat jenazah yang akan diadakan selepas Zuhur di Masjid Jelutong.

Allahyarham Sabri juga adalah bekas CEO syarikat perladangan Golden Hope Plantations Bhd dan bekas Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.