Ranking FIFA: Malaysia Kekal Pada Kedudukan Ke-154 Dunia

KUALA LUMPUR: Pasukan Harimau Malaya membuka lembaran 2015 di kedudukan ke-154 dunia berdasarkan senarai ranking terbaharu yang dikeluarkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), hari ini.

 

Malaysia sebelum ini berada di tangga ke-154 pada Januari 2014, 150 (Feb), 141 (Mac), 142 (April), 145 (Mei), 153 (Jun), 151 (Julai), 155 (Ogos), 154 (September), 156 (Oktober), 155 (November) dan ke-154 pada Disember lalu.

 

Kedudukan terkini itu meletakkan skuad kebangsaan sebaris dengan beberapa pasukan seperti Korea Utara (150), Syria (151), Kyrgzstan (152), Hong Kong (156) dan Singapura yang berada pada ranking ke-157 dunia.

 

Dalam kalangan negara Asia Tenggara pula, Malaysia turut kekal di tangga kelima di belakang Filipina (130), Vietnam (137), Myanmar (141) dan Thailand (142).

 

Kedudukan Malaysia di peringkat Asia turut kekal di tempat ke-28 daripada 46 negara lain.

 

Juara Piala Dunia 2014, Jerman terus mengekalkan status pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,725 mata manakala Argentina berada di tangga kedua selepas mengutip 1,538 mata.

 

Wakil Amerika Selatan, Colombia terus kekal di tangga ketiga dengan 1,450 mata. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.