QZ8501: Kapal TLDM Jumpa Mayat Wanita

Kuala Lumpur – Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 berjaya menemui jasad seorang wanita hari ini.

 

Dalam mesej melalui Twitter, Panglima TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, memaklumkan jasad terbabit ditemui di Sektor 1 pada pukul 11 pagi.

 

Ia kini dalam proses untuk diserah kepada badan SAR Nasional Indonesia, atau Basarnas.

 

Jasad itu adalah yang kesembilan ditemui kapal Malaysia dalam operasi SAR yang kini memasuki hari ke-12.

 

Basarnas memaklumkan sehingga kini 41 jasad telah dijumpai dan 25 daripadanya sudah dikenal pasti pasukan pengenalan mangsa bencana (DVI) polis Indonesia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.