Muhyiddin Umum Bantuan Khas RM500 Kepada Mangsa Banjir

Jerantut – Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan bantuan khas RM500 kepada setiap isi rumah yang terjejas akibat banjir.

Tambahnya lagi, bagi yang kematian ahli keluarga akibat bencana itu, waris layak menerima RM5,000.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata, mangsa banjir yang tidak berpindah ke pusat pemindahan turut mendapat bantuan berkenaan  yang akan diagihkan minggu depan.

“Bagaimanapun, senarai mangsa (yang layak) perlu disahkan dari Majlis Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat, ” katanya.

Beliau yang mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Pelan Tindakan Pasca Banjir negeri Pahang di Majlis Daerah Jerantut berkata, 56 sekolah di seluruh negara yang masih digunakan sebagai pusat pemindahan dan terjeas akibat banjir dibenarkan memulakan sesi persekolahan lebih lewat.

One thought on “Muhyiddin Umum Bantuan Khas RM500 Kepada Mangsa Banjir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.