Lori Hilang Kawalan Terjunam Dalam Sungai, Pemandu Nyaris Maut

Slim River –  Seorang pemandu lori nyaris maut apabila kenderaan yang dipandunya hilang kawalan lalu melanggar penghadang jambatan dan terjunam ke dalam Sungai Slim di KM 105 Jalan Persekutuan Ipoh-Kuala Lumpur, 6 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, mangsa Lo Yap Hong, 64, yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Ipoh berjaya keluar dari lori yang membawa kepingan asbestos melalui tingkap lalu diselamatkan oleh seorang penoreh getah yang dalam perjalanan ke kebun.

Jurucakap polis berkata, tindakan pantas penoreh getah yang mencampakkan tali kepada mangsa di dalam arus sungai yang deras berjaya menyelamatkan mangsa.

Katanya, mangsa tidak mengalami kecederaan dan membuat laporan polis kira-kira 6.41 pagi. – Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.