Kalendar Tahun Baru Bomba Jadi Tumpuan

Kuala Lumpur – Kalendar terbaru yang dilancarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bagi tahun baru 2015 menjadi pehatian ramai.

Rata-rata memuji foto ahli-ahli bomba yang segak bergaya yang dipaparkan di dalam kalendar tersebut.

Walau bagaimanapun, kalendar ini diterbitkan bukan untuk dijual, hanya untuk edaran kepada pegawai-pegawai JBPM dan kementerian yang berkaitan.

JBPM sendiri telah membuka pertandingan di laman Facebook rasminya pada Selasa bagi memberi peluang orang ramai memiliki kalendar esklusif ini.

Ini merupakan kali kedua JBPM mengeluarkan kalendar bertemakan ‘cara hidup sihat’ dalam siri kalendar tahunan mereka. Sebelum ini adalah pada tahun 2014.

Jasa dan sumbangan JBPM sering disebut-sebut sejak akhir ini apabila banyak membantu menyelamatkan mangsa-mangsa banjir di pantai timur. – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.