JPJ Lanjutkan Tempoh, Ganti Secara Percuma Kepada Mangsa Banjir

Kuala Kangsar –  Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedia melanjutkan tempoh penggantian lesen memandu, cukai jalan dan geran kenderaan yang rosak atau hilang secara percuma kepada mangsa banjir.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, pihaknya sebelum ini memberi tempoh sehingga hujung bulan ini kepada mangsa banjir untuk berbuat demi, namun sedia melanjutkan tempoh itu jika perlu.

“Jika perlu lanjutkan tempoh permohonan itu kita akan pertimbangkan untuk tambah,” katanya.

Beliau berkata, mangsa banjir yang lesen memandu, cukai jalan dan geran kenderaan rosak boleh pergi ke mana-mana cawangan JPJ untuk penggantian.

“Bagi dokumen yang hilang pula pemiliknya perlu membuat laporan polis dan kemudian membuat permohonan bagi penggantian,” katanya pada sidang media selepas Majlis Infaq Pakaian Sekolah Anak Yatim Yayasan Darul Ihsan di Stesen Penguatkuasa JPJ Kuala Kangsar di sini. – Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.