Jakim Siasat Gambar Persendakan Solat

Putrajaya – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyiasat gambar tersebar di media sosial yang menunjukkan sekumpulan lelaki seolah-olah mempersendakan ibadah solat.

 

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha yang menyelar perbuatan itu berkata, ia adalah satu penghinaan kepada agama Islam.

 

“Kalau betul (mereka) Islam yang sudah tahu selok belok agama, bererti itu satu penghinaan. Kita sedang siasat perkara itu.

 

“Jika mereka masyarakat yang baru peluk Islam dan tidak tahu tata tertib tentang solat, itu kita boleh maaf. Sebab dia baru belajar, walaupun pakaian sebegitu,” katanya.

 

SuaraTv sebelum ini melaporkan gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan enam lelaki seperti sedang solat berjemaah namun tiga daripada mereka tidak memakai baju sehingga mendedahkan pusat, seorang berseluar pendek di atas lutut, seorang seperti sedang menggunakan telefon bimbit dan seorang lagi memegang rokok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.