Amaran Angin Kencang Hingga Esok

Kuala Lumpur – Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran angin kencang di perairan Pahang, Johor Timur, Kelantan, Terengganu, Sarawak, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan, dan Kudat) serta Labuan dijangka berterusan sehingga esok.

Menurut jabatan itu, angin Timur Laut dan laut bergelora (kategori pertama) berkelajuan 40 sehingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter, adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, aktiviti rekreasi laut dan sukan laut.

Ribut petir di perairan Terengganu, Pahang dan Sarawak (Mukah, Bintulu dan Rejang) pula dijangka betererusan sehingga awal petang ini, menurut kenyataan jabatan itu.

Pada masa sama angin kencang dengan kelajuan 50-60 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 4.5 meter berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.