110 Tangkapan Dibuat Sepanjang Bencana Banjir Di Kelantan

Tanah Merah – Sebanyak 110 tangkapan dibuat oleh polis Kelantan berhubung kes kecurian sepanjang bencana banjir di Kelantan baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 46 laporan dibuat membabitkan kerugian RM1.9 juta.

Katanya, kes kecurian itu membabitkan premis perniagaan dan kediaman di seluruh negeri ini sejak 17 Disember sehingga hari ini.

“Dari jumlah itu daerah Kota Bharu merekodkan jumlah laporan tertinggi iaitu 10 laporan diikuti Tanah Merah (8) dan Bachok (4).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya selepas melawat Taman Perumahan Polis Kiara di sini, tadi. – Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.