VIDEO: ICERD: Kita Tentang Mereka Habis-Habisan Kata Warga Emas

KUALA LUMPUR – Tentang habis-habisan pihak yang menyokong tindakan meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). 

Itu pesanan warga emas yang bukan memandu, menunggang motosikal tetapi hanya dengan berbasikal daripada Kampar, Perak menuju ke ibu kota demi menyertai himpunan bantah ICERD yang akan berlangsung esok. 

Menerusi video yang berdurasi 0:39 saat, warga emas tersebut berharap agar generasi muda bangkit dan bersatu demi mempertahankan bangsa, agama juga tanah air untuk hadir bersama-sama ke himpunan itu.

“Minta kalau boleh turun (anak muda) kerana ini (peluang) kita pertahan agama, bangsa, negara.

“Itulah kita nak kita tentang mereka habis-habisan kita tentang dengan cara ini,” katanya. 

Warga emas tersebut berkata beliau bertolak daripada Kampar ke Kuala Lumpur pada 4 pagi tadi.

Datuk Seri Najib Razak dalam Facebooknya terharu dengan semangat warga emas itu. 

Bekas Perdana Menteri turut berdoa agar perjalananya dipermudahkan.

“Saya terharu melihat semangat saudara kita ini yang sanggup kayuh basikal dari Kampar untuk bersama-sama kami di Dataran Merdeka esok. 

“Semoga dipermudahkan perjalanan. Kita jumpa esok!,” tulisnya di Facebook sambil memuatnaik video rakaman yang tular di media sosial itu. 

Himpunan bantah ICERD akan diadakan esok di Dataran Merdeka dengan penyertaan NGO Islam selain kerjasama PAS dan UMNO yang berpendirian bahawa ICERD bakal menjejaskan Perlembagaan Persekutuan. 

Najib disahkan akan turun padang bersama-sama peserta himpunan esok yang bermula 2 hingga 6 petang.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.