Status Undian Online Syed Saddiq dan Mukhriz FC Jadi ‘Senjata Makan Tuan’

KUALA LUMPUR  – Tindakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan pengendali Facebook, Mukhriz Mahathir FC memuat naik status undian tentang himpunan membantah Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) #DaulatHimpunan812 boleh diumpamakan sebagai senjata makan tuan.

Ini kerana undian yang diharapkan memihak kepada mereka berlaku sebaliknya, selepas sebahagian besar netizen menyatakan sokongan terhadap himpunan berkenaan.

Di dalam akuan Twitter Syed Saddiq, 63 peratus netizen bersetuju dengan tindakan kerajaan Pas Kelantan memberikan cuti peristiwa sempena himpunan kesyukuran kerana kerajaan Malaysia tidak menandatangani ICERD.

Sementara itu, baki 37 peratus lagi tidak bersetuju dengan keputusan kerajaan Kelantan itu yang turut dikecam Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, dalam laman sosial Facebook Mukhriz Mahathir FC pula, sebanyak 84 peratus bersetuju perhimpunan itu diadakan manakala 16 peratus tidak bersetuju.

Bagaimanapun, didapati undian yang dibuka pada pukul 8.30 pagi itu telah dipadam kira-kira pukul 4 petang, semalam.

Berikutan itu, rata-rata netizen mempersoalkan tindakan itu di ruang komen status terbaharu laman Facebook tersebut tentang mengapa undian berkenaan dipadam sedangkan masih ramai yang belum membuat pengundian.

Secara keseluruhannya seramai 46,000 pengguna laman sosial mengundi dalam undian berkenaan. – UTUSAN

No automatic alt text available.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.