Selepas Bantahan Ramai, Maszlee Umum Pelaksanaan Potongan Gaji Berjadual PTPTN Ditangguhkan

SHAH ALAM – Selepas mendapat bantahan ramai pihak, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik akhirnya mengumumkan pelaksanaan skim Potongan Gaji Berjadual (PGB) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang akan berkuatkuasa pada Januari depan ditangguhkan.

Keputusan penangguhan itu dibuat oleh kerajaan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pagi tadi.

“Skim pembayaran balik PTPTN akan ditangguhkan buat sementara waktu sehingga kami menerima input secara kolektif dan maklum balas daripada semua pemegang kepentingan,” kata Maszlee menerusi Twitter sebentar tadi.

Tweet tersebut turut diulang kicau (retweet) oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, sambil menyifatkan keputusan penangguhan tersebut sebagai sangat bertepatan.

“Keputusan yang baik. Harap dapat kemukakan mekanisme yang lebih adil kepada semua selepas mendengar pandangan daripada pemegang taruh PTPTN terutama peminjam,” kata bekas Menteri Belia Dan Sukan itu.

Respon Khairy itu kemudian mendapat sokongan netizen. Malah ada di antara mereka menyifatkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) terlalu bertindak melulu tanpa memikirkan kebajikan rakyat. 

Khairy sebelum itu mencadangkan agar kaedah tersebut ditangguhkan dahulu dan dipertimbangkan semula mengikut padangan yang dikemukakan pelbagai pihak. -SuaraTv 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.