PTPTN: Kaedah Bayar Balik Tidak Adil, Tangguh Dahulu – KJ

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan kaedah Potongan Gaji Berjadual (PGB) Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang diumumkan kerajaan disifatkan tidak adil kepada para peminjam.

Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ juga mencadangkan agar kaedah tersebut ditangguhkan dahulu dan dipertimbangkan semula mengikut padangan yang dikemukakan pelbagai pihak.

“Saya minta PTPTN tangguh dahulu pelaksanaan mekanisme pembayaran balik yang baharu. Kaedah ini tidak adil bagi peminjam yang sudah setuju dan sedang bayar balik secara bulanan,” kata KJ yang dipetik dari laman Twitternya.

Menerusi laporan Sinar Harian, KJ juga berharap cadangan penangguhan tersebut dapat dilaksanakan oleh jemaah menteri pada mesyuarat yang akan dijalankan.

“Harap jemaah menteri dapat memberi arahan untuk tangguh kaedah ini pada mesyuarat esok,” katanya.

Kaedah baharu bayaran balik pinjaman secara progresif itu dijadualkan berkuat kuasa Januari 2019.

Menurut Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan, perjanjian yang telah ditandatangani peminjam sebelum ini menunjukkan peminjam telah pun bersetuju membuat bayaran balik mengikut apa-apa skim ditetapkan perbadanan itu. – Suara.TV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.