Kes Najib & Irwan Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi

KUALA LUMPUR: Kes bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah, berhubung dakwaan pecah amanah wang kerajaan berjumlah RM6.6 bilion dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Rozana Ali Yusof, membenarkan permohonan itu selepas mendengar permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib.

Bagaimanapun, tarikh bagi pengurusan kes itu akan ditetapkan kemudian.

Muhammad Shafee memberitahu mahkamah bahawa dua kes yang membabitkan Najib sebelum ini sudah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Menurutnya, pihak pendakwaan juga tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap permohonan mereka.

Beliau juga memaklumkan alasan untuk memindahkan kes itu antara lain adalah untuk mempercepatkan proses keadilan.

Peguam Datuk K Kumaraendran yang mewakili Irwan juga mengguna pakai alasan sama untuk memindahkan kes membabitkan anak guamnya.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Jamil Aripin, tidak mengemukakan sebarang bantahan.

Terdahulu, Mahkamah Sesyen menetapkan 18 Disember ini untuk sebutan semula kes yang sama.

Ia bagi membolehkan pihak pembelaan memaklumkan mahkamah berhubung status pemindahan kes itu ke Mahkamah Tinggi.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Farez Rahman.

Pada 25 Oktober lalu, Najib, 65, dan Irwan Serigar, 61, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas enam pertuduhan pecah amanah milik wang kerajaan berjumlah lebih RM6.6 bilion.

Bagi tuduhan pertama dan kedua, Najib dan Irwan Serigar didakwa bersama atas kapasiti Menteri Kewangan dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta iaitu berjumlah RM1.2 bilion dan RM655 juta milik Kerajaan Malaysia, melakukan pecah amanah ke atas harta berkenaan.

Bagi tuduhan ketiga pula, mereka didakwa diamanahkan dengan penguasaan ke atas harta berjumlah RM220 juta iaitu peruntukan di bawah Belanja Mengurus di bawah Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 021700 KL International Airport Berhad (KLIAB), milik Kerajaan Malaysia.

Tuduhan keempat, kedua-dua mereka didakwa diamanahkan dengan penguasaan harta berjumlah RM1.3 bilion iaitu peruntukan di bawah Maksud B11 Perkhidmatan Am Perbendaharaan, Aktiviti 020500 Subsidi Dan Bantuan Tunai, milik kerajaan.

Tuduhan kelima dan keenam pula membabitkan penguasaan mereka didakwa ke atas harta berjumlah RM1.26 bilion dan RM2 bilion milik kerajaan.

Sehubungan itu, kedua-dua tertuduh didakwa melakukan pecah amanah jenayah ke atas semua harta berkenaan.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di Kompleks Kementerian Kewangan Malaysia dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya antara 21 Disember 2016 dan 18 Disember 2017. – BERITA HARIAN

8 thoughts on “Kes Najib & Irwan Dipindahkan Ke Mahkamah Tinggi

  • December 7, 2018 at 11:06 pm
    Permalink

    Pindah lah mahkamah mana pun…bukti. fakta. saksi ..pinda padam laporan 1mdb da 99% tepat!! Ada ratusan ribu syarikat tk dapat byran balik gst..!! Kau rasa akan menang ke? Tepis lah..jgn tk tertepis nanti?? Semoga dgn izinnya akan terbukti juga salahlaku korang2 semua!! Allah swt maha berkuasa atas segala2nya.. tk bolih tipu…?? Cepat2lah dakwaan supaya rakyat tk ternanti2 cerita ini sampai episod akhir!! Yg selama ini dikatakan fitnah semata2??, berapa lama nk elak tepis?? 30tahun?? Gst .felda.felcra.1mdb.nfc.mkn.scorpene.equiminity.byk lagi lah?? Akan ramai lagi kuncu2 dicekup ?? Jgn lari?? Pesalah wajib pakai baju jingga barulah betul ikut undang!! Didakwa juta2 byr jamin juta2 rampasan juta2 juga?? Mana ambil duit?? Duit gaji??khianati rakyat tk selamat punya??? Org miskin hina pun tk gamak ambil duit rakyat?? TH pun dana seleweng..!! Rasuah pecah amanah mesti dibanteras??? Perasuah wajib dihukum seberat2nya?? Langit tu tinggi…!!

    Reply
  • December 7, 2018 at 11:08 pm
    Permalink

    Angkuh takbur bongkak bodoh sombong rasuah pecah amanah tu lah amalan korang dulu…!!

    Reply
  • December 7, 2018 at 11:10 pm
    Permalink

    Mgkn ada skandal yg belum kita tahu?? Tentu ada lagi kan??
    Rakus zalim kejam khianat!!!

    Reply
  • December 7, 2018 at 11:18 pm
    Permalink

    Kuasa allah swt tak terlawan pun….?? Cabar lah…. akhirnya kita akan tahu juga….bukti fakta saksi cukup tepat benar ..!!

    Reply
  • December 7, 2018 at 11:19 pm
    Permalink

    Tidur tk lena…?? Kes byk…!! Bolih tepis ke??

    Reply
  • December 8, 2018 at 10:51 am
    Permalink

    TH pun korang curi rembat?? Sudah terlalu terlampau rosak teruk habis harta negara semua curi samun rompak dek pengkhianat2 semua ni..?? Apa agama kau ha?? Tamak haloba angkuh bongkak takbur sombong bodoh kau rasa parti korupsi tk kan kalah??? Kau lupa dan selalu buat2 lupa yg kau diamanah rakyat yg undi?? Kau khianati sumpah aku janji ..jawatan yg kau sandang?? Kau khianati DYMM AGONG..negara rakyat?? Apa kah kau layak duduk disini?? Aku rasa dan harap kau semua dibuang luar negara sbb rasuah pecah amanah?,rampas sita akaun semua keluarga..kroni..kuncu2 yg pasti ada simpan harta yg dirompak??pasti ada sbb byr jamin juta2..mana dapat duit??rampasan juta2 rompak ribu juta??? Aneh pelik heran??? Penyangak penyamun pencuri perompak pengkhianat pembelot perasuah pensonglap ..! Muka tkde maruah semua keturunan kau smga dilaknat allah swt..!! Tk senang selamat hidup korang semua …akan susah hina sampai bila2…!! Semoga allah swt makbulkan doa apa yg dirompak akan terbukti juga walau disembunyikan??? Mudahan2 mahkamah dapat buktikan salahlaku pencuri2 ni??sama2 kita doa biar kejahatan tk dapat ditutup olih penipu2 ni?? Muka tk malu?? Meluat muak muntah tgk dia org ni??

    Reply
  • December 8, 2018 at 10:57 am
    Permalink

    Insyallah allah swt maha kaya maha berkuasa…elak tepis tk ngaku sampai bila??
    Dah rosak serosak2nya sikap rasuah pecah amanah…tarik rampas gelaran pangkat yg sudah buruk tk laku sbb jahat tipu bohong khianat rasuah pecah amanah ???hukuman seberat2nya tunggu korang semua tiada ampun maaf lagi???

    Reply
  • December 8, 2018 at 11:02 am
    Permalink

    Cabarlah undang2…dunia tk lepas akhirat lagi lah!!!
    Siasat dakwa hukum seberat2nya…!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.