Kenapa Baru Sekarang Pakatan Harapan Prihatin Dengan Harimau Malaya?

KUALA LUMPUR – Selepas mara ke pentas final Piala AFF Suzuki 2018 dengan menumpaskan Thailand, skuad Harimau Malaya dikhabarkan kini menjadi perhatian menteri-menteri.

Perkara itu didedahkan oleh Bekas Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi Twitternya yang memuatnaik perbualannya dalam pesanan mesej ringkas bersama dengan salah seorang pemain bola sepak pasukan tersebut iaitu Aidil Zafuan Abdul Razak.

Dalam perbualan tersebut pemain bola itu sendiri memaklumkan Tunku Ismail ramai menteri mahu bertemu dengan skuad bola sepak tersebut termasuklah Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad.

Terdahulu Tunku Ismail juga menerusi akaun Twitternya berkata ahli politik hanya mahu mengambil kesempatan terhadap prestasi yang membanggakan pasukan itu.

“Susah senang kami bersama, bila dah menang barulah berebut-rebut semua ahli politik nak jumpa kamu semua. Apa-apapun saya dibelakang anda semua. Saya doakan anda semua berjaya,” katanya.

TMJ semalam berkata kebangkitan skuad bola sepak negara adalah hasil daripada perancangannya ketika memimpin badan induk itu sebelum ini.

Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dilantik sebagai Presiden FAM pada 25 Mac 2017 selepas menang tanpa bertanding dan mendapat sokongan semua perwakilan.

Sebaik memulakan tugas, beliau merombak sistem kejurulatihan membabitkan tiga pasukan kebangsaan dengan melantik Bojan Hodak untuk membimbing skuad B-19, Kim Swee skuad B-23 dan memilih Nelo Vingada sebagai pengendali skuad senior sambil Cheng Hoe sebagai penolong jurulatih.

Namun selepas membimbing Malaysia dalam tujuh perlawanan sejak tiba di negara ini pada Mei 2017, Vingada masih belum mencatat sebarang kemenangan dan beliau mengambil keputusan melepaskan jawatan sebelum diserahkan kepada Cheng Hoe pada penghujung tahun lalu.

Kejayaan skuad Harimau Malaya mara ke pentas final Piala AFF buat kali keempat selepas menundukkan juara lima kali, Thailand di separuh akhir semalam adalah kemuncak kepada prestasi membanggakan keseluruhan pasukan kebangsaan yang di bawah FAM termasuk skuad bawah 23 (B-23) dan B-19 tahun negara.-SuaraTv

One thought on “Kenapa Baru Sekarang Pakatan Harapan Prihatin Dengan Harimau Malaya?

  • December 8, 2018 at 7:01 pm
    Permalink

    Heran nya..?? Pelik sungguh??

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.