Himpunan ICERD: PAS Akan Beri Kerjasama & Patuh Arahan

KUALA LUMPUR: PAS akan memberikan komitmen untuk mematuhi setiap arahan daripada penganjur dan pihak keselamatan bagi memastikan kejayaan perhimpunan aman membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di Jalan Raja, di sini, esok

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata pihaknya juga turut menyambut baik kerjasama diberikan kerajaan, khususnya daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Saya mengikuti pesanan ringkas yang disampaikan oleh Perdana Menteri kepada peserta Himpunan Aman Membantah Ratifikasi ICERD pada hari Sabtu, 8 Disember 2018, di Kuala Lumpur.

“PAS menyambut baik kerjasama yang diberikan oleh pihak kerajaan, PDRM dan DBKL, PAS memberikan komitmen untuk mematuhi setiap arahan penganjur dan pihak keselamatan dari semasa ke semasa, bagi memastikan kejayaan perhimpunan ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Abdul Hadi turut meminta semua rakyat untuk turut serta dalam menzahirkan pendirian terhadap ICERD dan seumpamanya.

Katanya, ia adalah demi memelihara kerukunan dan keharmonian hidup yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia. –  BERITA HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.