Himpunan Hak Asasi Manusia Esok Dibatalkan

KUALA LUMPUR – Himpunan Sambutan Hari Hak Asasi Manusia di Padang Timur, Petaling Jaya, Selangor yang sepatutnya dijadualkan berlangsung esok.

Menurut penganjurnya yang juga Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Tan Sri Razali Ismail, himpunan itu  terpaksa menangguhkannya kerana  risikokeselamatan yang dimaklumkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah memaklumkan kepada Suhakam dan Pejabat Perdana Menteri tanpa memberi butiran bahawa terdapat risiko keselamatan serius yang timbul daripada peristiwa esok yang bersempadan dengan keselamatan negara.

SUHAKAM menyeruakan  kekecewaannya kerana kerajaan yang komited kepada hak asasi manusia dipengaruhi oleh taktik tekanan dan ekstremisme yang mengakibatkan keperluan untuk menangguhkan himpunan yang dirancang beberapa bulan yang lalu,” katanya dalam satu kenyataan.

Razali dalam masa yang sama memohon  maaf kerana membuat arahan membatalkan acara itu 11 jam sebelum acara bermula esok.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Ketua Setiausaha kepada Kerajaan Datuk Seri Ismail Bakar adalah antara tokoh yang akan menghadiri sambutan itu untuk menandakan Hari Hak Asasi Manusia Antarabangsa yang disambut pada 10 Disember setiapa tahun.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.