ADUN Bukit Besi Kemalangan Selepas Elak Langgar Lembu

DUNGUN – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Besi, Roslee Daud cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya hilang kawalan.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Abd Razak Hasan berkata nahas berlaku di Kilometer 20 Jalan Dungun-Bukit Besi kira-kira jam 11.35 malam Khamis.

Katanya, ketika kejadian, mangsa yang memandu Mitsubishi Pajero dalam perjalanan dari Bukit Besi menghala ke Dungun.

“Sejurus tiba dilokasi nahas mangsa dipercayai telah mengelak lembu yang melintas jalan, seterusnya menyebabkan kenderaan mangsa terbabas,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.

Susulan itu kereta ADUN berkenaan berpusing dan terbalik ke bahu jalan.

Impak daripada kemalangan itu juga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan di bahagian tangan sebelah kanan dan sakit belakang.

Sementara itu, Abd Razak turut mengingatkan orang ramai di kawasan tersebut agar sentiasa berwaspada dengan kehadiran ternakan yang berkeliaran termasuk di Laluan Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT 2). – Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.