Upiak Tak Mahu Tak Tun Tuang Jadi Lagu One Hit Wonder

Penyanyi yang berasal dari Padang, Indonesia, Upiak Isil tidak mahu Tak Tun Tuang menjadi lagu ‘one hit wonder’.

Upiak atau nama sebenarnya, Silvia Nanda, 32, mahu terus berkarya agar namanya dikenali.

“Alhamdulillah, lagu Tak Tun Tuang berjaya mencuri perhatian ramai dan menjadi viral selepas tiga tahun dilancarkan.

“Namun begitu, saya sendiri sedar yang populariti yang saya raih tidak akan bertahan lama.

“Sebagai langkah selamat, saya akan terus berusaha untuk memberikan karya terbaik untuk dipersembahkan kepada peminat,” katanya.

Selesa dengan imej bersarung dan berbaju tidur, Upiak tidak akan mengubah penampilannya.

“Bagi saya, imej sebegini sudah menjadi satu ‘trademark’ untuk saya. Biarlah saya kekal dengan penampilan sebegini dan mencuri hati peminat dengan cara tersendiri.

“Apa yang penting, lagu yang saya sampaikan ikhlas dari hati dan boleh menambat jiwa peminat,” katanya lagi.

Tambah Upiak, dia mempunyai hasrat untuk terus meneroka pasaran muzik Malaysia di masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.