Kekal Lelaki Paling Hodoh Di Zimbabwe Buat Kali Keempat.

PENGANGGUR berusia 43 tahun, William Masvinu, mengekalkan gelaran lelaki paling hodoh di Zimbabwe buat kali keempat.

Menurut laporan kasapafmonline.com, tahun lalu, gelarannya dirampas Maison Sere, dan tahun ini, dia berasa puas hati berjaya merampas kembali gelaran itu.

Juara tahun lalu, Maison Sere (gambar kanan) hanya berjaya di tempat ketiga dalam pertandingan Isnin lalu. – Foto kasapafmonline.com

“Tiada siapa boleh mempertikaikan kemenangan saya di Zimbabwe dan mahu membawa gelaran ini ke luar negara.

“Jika ada pertandingan lelaki paling hodoh di dunia, saya yakin mampu memenanginya,” katanya selepas pertandingan Isnin lalu.

Masvinu menerima hadiah AS$500 (RM2,034) bersama seekor lembu, manakala pemenang kedua Fanuel Musekiwa menerima AS$200 (RM814) dan Maison Sere AS$100 (RM410) di tempat ketiga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.