Pengantin Mati, Helikopter Terhempas Sebelum Tiba Di Lokasi Perkahwinan

SAO PAOLO – BRAZIL. Keinginan tiba di lokasi majlis perkahwinan menggunakan helikopter sebagai kejutan berakhir dengan tragedi selepas helikopter tersebut terhempas.

 

Laporan Mirror UK mengatakan pengantin perempuan Rosemere do Nascimento Silva, 32, abangnya, juruterbang dan seorang jurukamera yang sarat mengandung maut dalam kejadian itu.

 

Pengantin lelaki, Udirley Damasceno dan 300 tetamu sedang menunggu di lokasi majlis yang terletak kira-kira 1 kilometer dari tempat helikopter terhempas.

 

Sementara itu, pihak berkuasa masih menyiasat punca kejadian.

 

Agensi Perkhidmatan Udara Awam pula mengatakan helikopter jenis Robinson 44 berkenaan mempunyai kebenaran untuk terbang sehingga 1 Februari 2017.-Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.