Pas Boleh Bergerak Sendiri, Tak Tunggu Parti Tun M

KUALA LUMPUR – PAS bersedia menempuhi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang tanpa bantuan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) teraju Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penasihat parti kata Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

 

Beliau berkata, PAS tidak pernah menunggu (PPBM) dan hanya menumpukan usaha memperkasakan jenteran parti berdepan Barisan Nasional (BN).

 

 

“Kita tidak tunggu Bersatu (PPBM) pun.

 

 

“Kita sebenarnya bergabung dengan kerjasama politik dengan mana-mana (parti) pembangkang sekalipun mestilah kerjasama yang mempunyai asas dan kekuatan. Pada peringkat ini setiap parti mesti memperkasakan kekuatan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14,” katanya memetik sebuah portal.

 

 

Tuan Ibrahim berkata Demikian selepas kenyataan Dr Mahathir mendakwa pakatan pembangkang akan meminggirkan PAS PRU14 akan datang.

 

 

Kenyataan yang disampaikan bekas Perdana Menteri itu sewaktu konvensyen kebangsaan DAP ekoran dakwaan PAS enggan memberi kata putus untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan.

 

 

Mengulas mengenai pertemuan pemimpin PPBM bersama PAS sebelum ini, Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa mesyuarat yang diadakan hanya membincangkan mengenai agenda menguatkan pembangkang namun tidak menyentuh soal kerjasama kedua-dua parti.

 

 

Katanya, ia bukan untuk bersama Pakatan Harapan cuma untuk melihat apa yang boleh diperjuangan bersama dalam blok pembangkang.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.