Keluarga Dakwa Pelajar Sekolah Bercumbu, Beraksi Lucah Telah Dianiaya

KUALA LUMPUR – Dua pelajar di sebuah sekolah di Johor Bahru mengaku melakukan adegan bercium dan lucah dalam sebuah video yang tersebar di laman Facebook sejak Jumaat lalu.

 

The Star melaporkan, masing-masing yang berusia 13 tahun merupakan pelajar dari Sekolah Tinggi Foon Yew.

 

Perkara tersebut turut disahkan oleh pengetua sekolah berkenaan, Tee Bee Tin berdasarkan nombor pengenalan diri pada pakaian seragam sekolah pelajar terbabit.

 

Bagaimanapun, menurut Tee, ibu bapa pelajar lelaki terbabit mendakwa anaknya telah dianiaya oleh rakannya.

 

“Mereka mendakwa beberapa adegan lucah lain dalam video itu turut dimuatnaik oleh rakannya,” katanya.

 

Tee turut dimaklumkan bahawa pelajar lelaki berkenaan dan rakannya yang berusia 20 tahun yang sedang bekerja sebagai tukang masak di Singapura terlibat dalam perselisihan faham pada Oktober lalu.

 

Rakannya itu turut mengancam untuk memalukan mereka dalam masa terdekat dan turut mengodam laman Facebook anaknya, kata Tee.

 

Terdahulu, video berdurasi 52 saat yang menjadi viral di laman sosial Facebook pada Jumaat lepas memaparkan sepasang pelajar lelaki dan perempuan yang lengkap memakai pakaian seragam sekolah sedang bercumbuan dan beberapa adegan lucah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.