Sultan Johor Ziarah Makam Tunku Abdul Jalil

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar meluangkan masa kira-kira setengah jam melawat makam anakandanya, Allahyarham Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil di Makam Diraja Mahmoodiah di sini, pagi tadi.

 

Sultan Ibrahim tiba di Makam Mahmoodiah kira-kira jam 9 pagi sebelum menyiram air mawar dan menghadiahkan bacaan surah Yassin sebelum beredar kira-kira jam 9.30 pagi.

 

Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah negeri, Datuk Hasni Mohammad turut meluangkan masa melawat makam Allahyarham pada jam 8 pagi tadi. – BHarian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.