Selangor, Kedah Tentukan Kejuaraan Piala Malaysia 12 Disember Ini

Kuala Lumpur – Selangor menyemarakkan “misi 33” untuk bertemu Kedah pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, 12 Disember ini selepas menundukkan Pahang dalam aksi separuh akhir ke-2 malam ini.

 

Bermain di laman sendiri, skuad The Red Giants menggunakan peluang keemasan sebaik-baiknya membenam Tok Gajah 2-0 selepas kedua-dua pasukan terikat seri 0-0 di Stadium Darul Makmur, Rabu lepas.

 

Sementara itu, skuad Helang Merah yang muncul juara Liga Perdana musim ini tidak mensia-siakan peluang beraksi di depan penyokong sendiri selepas menewaskan Felda United 2-1 sekali gus mara dengan agregat 4-3.

 

Sebelum ini, Selangor pernah menjuarai piala berprestij itu sebanyak 32 kali manakala Kedah 4 kali.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.