Saham TNB Naik Selepas Penerbitan Sukuk RM8.98b

KUALA LUMPUR – Saham Tenaga Nasional Bhd di Bursa Malaysia naik pada sesi awal dagangan hari ini setelah selesai penerbitan Sukuk Murabahah bernilai RM8.98 bilion dalam nilai nominal oleh anak syarikatnya, Jimah East Power Sdn Bhd pada Jumaat.

 

Setakat 9.29 pagi, kaunter saham wajaran tinggi itu naik lapan sen kepada RM13.48 dengan 1.03 juta saham bertukar tangan.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, syarikat itu berkata hasil daripada penerbitan sukuk itu akan digunakan untuk membiayai, membina dan menyelenggara kemudahan dan loji kuasa arang batu 2,000 megawatt di Jimah, Port Dickson. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.