Rani Kulup Berhasrat Tanding PRU-14 Lawan Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Presiden Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM) Abdul Rani Kulup Abdullah menyatakan hasratnya untuk menyertai politik dengan bertanding di Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) akan datang.

 

Abdul Rani berkata hasratnya itu merupakan pilihan alternatif kepada rakyat khususnya pengundi yang sudah bosan dengan wakil rakyat dari parti-parti politik di negara ini.

 

Kerusi Parlimen Gombak sejak dua penggal lalu dikuasai PKR melalui Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali yang juga adalah Menteri Besar Selangor.

 

“Saya membawa nama Kipidap akan bertanding di Gombak dan juga di kerusi Dewan Undangan Negeri pada PRU akan datang dan juga bercadang meletakkan calon Bebas di kesemua kerusi Dewan Undangan Negeri dan 222 kerusi Parlimen.

 

“Mungkin anda di luar sana tertawa dengan apa yang saya cakap sekarang, tetap sebenarnya memang benar saya berhasrat nak bertanding,” ujar Abdul Rani dipetik dari MalaysiaGazette.

 

Jelas Abdul Rani lagi, keinginan untuk bertanding itu disebabkan adanya permintaan dari para peminatnya di seluruh negara.

 

“Lagipun saya membuat keputusan ini atas keinginan dan permintaan para peminat saya di serata negara melibatkan lebih sejuta orang. Sudah pasti jutaan peminat saya akan gembira jika saya bertanding dan memberi sokongan padu pada PRU nanti.

 

“Manakala kami akan meletakkan calon Bebas di kerusi-kerusi lain selepas ditapis kelayakan mereka. Yang pasti kita akan cari calon bebas berdasarkan semangat jujur dan kesediaan berkhidmat untuk rakyat selain memenuhi kriteria dan peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) nanti,” katanya. – SuaraTv

2 thoughts on “Rani Kulup Berhasrat Tanding PRU-14 Lawan Azmin Ali

  • December 8, 2015 at 12:40 am
    Permalink

    ko brtanding maharaja lawak je la pakcik oiii….sah2 owank undi ko..dr ko brtanding pru silap2 ilang deposit

    Reply
  • December 8, 2015 at 8:35 am
    Permalink

    sekolah setakat darjah 6 ada hati mahu jadi wakil rakyat? bagus kau minum air ketum dan pergi merancap saja.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.