Muhyiddin Jangan Lebih-Lebih – Tengku Adnan

Kuala Lumpur – Terpulang kepada Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuat sebarang ucapan di luar perhimpunan, kata Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

 

Namun tegas Setiausaha Agung parti itu, tindakan disiplin akan diambil jika Muhyiddin bertindak di luar batasan.

 

“Saya tak tahu tentang ini cerita, nak bagi ‘speech’, terpulang pada dia.

 

“Cuma ‘don’t cross the line, you cross the line, we will take action,” katanya ringkas selepas menyempurnakan program Back To School di Putrajaya, Isnin.

 

Muhyiddin dilaporkan akan membuat ucapan hari ini di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur berikutan larangan daripada pimpinan pusat untuk beliau berucap dalam Perhimpunan Agung UMNO.

 

Larangan itu susulan kenyataan Muhyiddin sebelum ini yang tidak selari dengan pendirian kerajaan khususnya dalam isu 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

 

Berikutan itu, pada perhimpunan Agung UMNO tahun ini tidak ada majlis perasmian semua sayap seperti lazimnya ia dirasmikan oleh Timbalan President UMNO sehari sebelum persidangan ketiga-tiga sayap tersebut.

 

Sebaliknya ia akan digantikan dengan Majlis Taklimat President secara tertutup.

 

Sementara itu ucapan dalam sesi penggulungan pula, ia akan diputuskan dalam satu Mesyuarat khas Majlis Tertinggi UMNO pada 9 Disember sama ada Muhyiddin dan Naib Presiden Datuk Seri Shafie Apdal dibenarkan berucap ataupun tidak.

 

Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu akan didengari Muhyiddin dan Shafie kerana mereka juga menghadiri mesyuarat khas tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.