Mahkamah Kekal Keputusan Anina Bukan Ahli Umno

Kuala Lumpur – Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa Anina Saadudin bukan lagi anggota Umno selepas memfailkan saman terhadap presidennya Datuk Seri Najib Razak.

 

Pesuruhjaya Kehakiman S Nantha Balan berkata mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonan Anina mencabar pemecatannya.

 

“Mahkamah terikat dengan keputusan sebelum ini bahawa seseorang anggota parti yang memfailkan tindakan undang-undang tidak lagi menjadi anggota parti,” katanya.

 

Katanya, Seksyen18C Akta Pertubuhan 1966 tidak membenarkan penghakiman dibuat dalam perkara itu.

 

Nantha Balan mengarahkan Anina membayar kos sebanyak RM5000.

 

Anina sebelum ini menyaman Najib, yang juga perdana menteri, dalam isu kemasukan dana RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.