‘Low Yat 2’ Akan Beroperasi Mulai Esok

KUALA LUMPUR – Pusat jualan gajet teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) khusus untuk usahawan bumiputera yang berkonsepkan mini Low Yat akan mula beroperasi esok di bangunan Majlis Amanah Rakyat (Mara), Kuala Lumpur.

 

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, esok serentak dengan pengumuman nama pusat jualan tersebut.

 

Menurut Ismail Sabri, pusat jualan tersebut akan beroperasi di tingkat tiga dengan menempatkan 39 usahawan ICT bumiputera serta beberapa syarikat telekomunikasi seperti Maxis, Celcom, Digi, U Mobile dan beberapa syarikat lain.

 

“Di bawah model holistik pembangunan keusahawanan, Mara akan mewujudkan pemborong, penyewa dan platform pemasaran serta menyediakan latihan keusahawanan, pembiayaan bagi tujuan pengembangan syarikat, membangunkan modul latihan kemahiran bidang teknologi dan perkakasan ICT.

 

“Mara turut melaksanakan program pembangunan vendor dan rantaian nilai antara usahawan-usahawan ICT bagi memastikan harga yang diperoleh adalah kompetitif,” katanya dipetik dari Kosmo!.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.