JAKIM Jangan Ulang Cerita YaPEIM – G25

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu bertanggungjawab terhadap wang yang diberikan kepada mereka.

 

Jurucakap Kumpulan Melayu Profesional (G25), Datuk Noor Farida Arif berkata, Jakim perlu ingat bahawa mereka diberi wang pembayar cukai oleh orang Islam dan bukan Islam.

 

Katanya, beliau tidak mahu peristiwa yang berlaku kepada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) baru-baru ini berulang lagi.

 

“Kami mahu akauntabiliti dan kami tidak mahu seperti ‘hanky panky’ (sesuatu yang tidak betul) Yapeim, menggunakan wang yang sepatutnya untuk anak-anak yatim untuk pergi ‘junket’ .

 

“Saya tidak tahu jika ini dianggap rasuah di bawah Akta SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) tetapi apa yang saya boleh katakan bahawa rasuah adalah pemusnah akhlak dan merupakan dosa yang paling besar dalam Islam,” katanya pada sidang akhbar selepas itu forum G25 mengenai Islam dalam Demokrasi Perlembagaan .

 

Berita Berkaitan;-

G25 Mahu Hukuman Khalwat Dimansuhkan

 

Sementara itu, beliau juga meluahkan rasa bimbang jika terdapat pegawai Jakim yang akan menyusul.

 

“Jangan lupa bahawa kami semua menyumbang kepada peruntukan mereka,”

 

Jakim baru-baru ini berkata, G25 perlu memahami peranan Jakim dalam membantu kerajaan di dalam hal ehwal Islam sebelum menimbulkan pertikaian kepada peruntukan tahunannya. – TheRakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.