Raja Ilya Digandingkan Bersama Madhuri Dan Kajol

Kuala Lumpur – Pelakon berwajah persis bintang Bollywood, Raja Ilya Raja Mohamad, 29, mengesahkan dia akan menjalani penggambaran bersama pelakon popular Bollywood, Kajol dalam sebuah filem dijangka pada Mac tahun depan.

Bagaimanapun, Ilya enggan mendedahkan lebih lanjut mengenai filem tersebut kerana ada lagi kejutan disimpan untuk penonton.

“Saya akan menjalani penggambaran sebuah filem terbitan kerjasama produksi Malaysia dan India. Filem apa, saya tidak boleh cakap lagi tetapi saya mendapat tahu salah seorang pelakon Bollywood yang sudah menyatakan persetujuan berlakon filem ini ialah Kajol,” katannya ketika ditemui pada satu acara hiburan di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sebelum ini, Raja Ilya sedia dikenali dalam kalangan penonton India tempatan selepas kemunculannya menerusi beberapa drama Tamil seperti Tup Periyum Pulli dan Agguran serta pernah muncul sebagai pelakon utama filem Appalam iaitu filem Papadom arahan Afdlin Shauki versi Tamil.

Selain Kajol, Madhuri Dixit juga dijangka terbabit sama dalam filem ini.

Kena Rasuk
Sementara itu, Ilya yang baru selesai menjalani penggambaran filem seram Jelamaan berkata, dia baru pulih daripada terkena gangguan mahkluk halus ketika menjalani penggambaran filem berkenaan di Yogyakarta baru-baru ini.

Menceritakan pengalaman tersebut, pelakon kacukan Melayu-Malayalam ini menyatakan penggambaran berjalan lancar sehingga hari kedua terakhir mereka ke lokasi penggambaran di kaki Gunung Merapi.

Katanya, semua pelakon sudah dimaklumkan mengenai lokasi penggambaran di sana ‘keras’ seperti di Prambanan, Changi Borobudur, Parangtritis temasuklah di kaki Gunung Merapi dan pawang juga dipanggil untuk mengawasi situasi.

Di sana saya perlu melakonkan babak di rasuk dan selepas belakon, tubuh saya mengigil.

“Selepas pulang ke hotel, saya rasa lain macam seperti tidak boleh duduk seorang diri dalam bilik dan tidak boleh tidur.

“Tiba-tiba saya rasa mahu menangis dan meracau selain ibu jari kaki kanan menjadi kebas.

“Keesokannya, apabila sampai di lokasi penggambaran semula saya memberitahu kepada pawang sebelum dia memegang ibu jari kaki saya dan membaca mantera serta menenangkan saya.

“Kaki saya masih lagi kebas sehingga balik ke Kuala Lumpur tetapi sekarang ni, saya sudah okay selepas ibu mendapatkan air penawar daripada seorang ustaz di kampung,” katanya yang pertama kali mengalami pengalaman sebegitu.

Filem arahan pengarah Indonesia SirdakJatty itu menggandingkan dia dengan pelakon Keith Foo selain dijayakan pelakon kanak-kanak, Mia Sara Nasuha dan Reykal Iskandar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.