Piala AFF : Filipina-Thailand Seri 0-0

Kuala Lumpur – Filipina gagal manfaat beraksi di laman sendiri  bertemu Thailand selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki AFF 2014 berkesudahan dengan seri tanpa jaringan.

Pertembungan antara Filipina dan Thailand cukup dinantikan, aksi sengit sejak sepak mula lagi.

Thailand pamer aksi lebih garang untuk mengucar kacirkan benteng Filipina cuma siri percubaan gagal membuahkan hasil.

Filipina juga tidak kurang hebatnya, hampir memecah kebuntuan pada penghujung babak pertama melalui Phil Younghusband, namun rembatan nya di nafikan penjaga gol Thailand.

Keputusan kosong sama tidak berubah sehinga tamat babak pertama.

Bersambung babak kedua, Filipina mencongak strategi cuba melepasi benteng pelawat.

Ternyata Thailand terlalu ampuh buat skuad ‘The Azkals’.

Keadaan menjadi malang buat skuad Thailand apabila kehilangan penyerangnya, Adisak Kraisorn pada minit ke-68 selepas dia dilayangkan kad merah ekoran kekasaran ke atas pemain Filipina.

Namun kelebihan itu gagal dimanfaatkan sepenuhnya Filipina untuk keputusan kekal kosong sama. – AstroAwani

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.