Mayat Warga Malaysia Yang Maut Terbakar Di Singapura Sedang Dalam Proses Penghanaran

Johor Bahru – Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura sedang menguruskan proses penghantaran pulang mayat empat warga Malaysia yang maut dalam kebakaran di asrama pekerja di Lorong 4 Geylang, Singapura awal pagi semalam.

Mangsa dikenali sebagai sebagai Jubitol Rumanjing 37; Muslan Musundo 43; Yusoff Masrong, 49 dan Ramu Kotiah, 50.

Timbalan Pesuruhjaya Malaysia di Singapura, Kamsiah Kamaruddin berkata, dua mangsa berasal dari Sabah, Yusoff dari Sarawak manakala Ramu berasal dari Perak.

“Ketika ini mangsa masih ditempatkan di rumah mayat General Hospital of Singapore dan pegawai kami sedang menguruskan supaya mayat dapat dibawa pulang ke Malaysia.

“Manakala, waris kepada Ramu sudah hadir untuk menuntut mayat manakala waris yang lain sudah dihubungi,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Dalam kejadian itu, empat rakyat Malaysia berumur antara 40 dan 50 tahun kesemuanya pekerja pembersihan maut dalam kebakaran dipercayai sesak nafas di sebuah asrama pekerja di Geylang, Singapura. -Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.